Tutorial 11 Pemantaun eRPH Oleh Pegawai Luar

Salam kepada semua guru eRPH 1M. Sekadar perkongsian kepada guru-guru admin eRPH yang berada di sekolah. Apa yang perlu dilakukan jika sekiranya pegawai dari PPD atau jabatan datang ke sekolah anda dan ingin memantau perjalanan  eRPH sekolah atau eRPH guru-guru tertentu ?

Jangan panik ! pertama sekali anda perlu tanya pegawai tersebut ada bawa smartphone atau laptop ? Jika pegawai itu membawa smartphone , maklumkan bahawa eRPH boleh disemak melalui smartphone , jika beliau bersetuju untuk menyemak eRPH melalui smartphone maka admin perlu meminta email yang digunakan dalam smartphone tersebut.

Jika pegawai tersebut tidak tahu email yang digunakan dalam smartphone sendiri, ini bermakna pegawai tersebut mungkin tidak pernah membuka emailnya melalui telefon , maka mintalah email @gmail.com [ akaun GMAIL sahaja  ] yang biasa beliau gunakan untuk menerima email. Gunakan laptop yang dibawa untuk semak eRPH yang ingin dipantau, jika pegawai itu tidak membawa laptop, pinjamkan laptop anda kepadanya.

Apabila admin sudah mendapat email pegawai tersebut, SHAREkan FOLDER guru-guru ( Tutorial 6 ) yang ingin dipantau kepada email pegawai tersebut dengan setting memberi kebenaran EDIT supaya beliau boleh semak semua isi yang ada dalam folder guru tersebut dan meninggalkan komen pemantauan pada fail yang dikehendaki.

Pegawai tersebut akan membuka akaun GD sendiri dan bahagian Share With Me akan ada folder Guru yang hendak dipantau. Beliau akan membuat semakan ke atas mana-mana fail yang terdapat dalam FOLDER guru-guru yang dipantau sama ada fail eRPH dalam lain-lain.

Selepas itu, apabila pegawai tersebut sudah selesai dan pulang, admin eRPH boleh tetapkan dalam SHARE setting untuk folder guru yang dipantau tadi  sebagai VIEW ONLY untuk email pegawai yang telah membuat pemantauan tadi.

Begitulah ceritanya untuk pemantauan dari luar sebagaimana yang diceritakan oleh Dr Syed. Kalau yang datang tu bawa telefon nokia jer dan kurang pengetahuan ICTnya maka admin mintalah guru-guru yang dipantau itu mem PRINT sahaja eRPH mereka pada hari tersebut.

Sekian. Sekadar perkongsian. #Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment