Tutorial 6 Cara Kongsi Atau Share Folder Kepada Guru

Tutorial kali ini adalah untuk share / kongsi folder yang telah admin ERPH namakan mengikut nama guru di sekolah masing masing. Tujuannya supaya guru tersebut dapat menguruskan folder eRPH masing-masing. Guru-guru tersebut hanya dapat mengakses dan mengedit folder sendiri sahaja dan tidak dapat melihat atau mengakses folder guru lain. Oleh itu admin eRPH perlu kongsi/share folder tersebut kepada guru melalui email masing-masing ( edidik.edu.my atau gmail.com atau yes.my ).

Apabila admin eRPH telah ada senarai email guru sekolah masing masing maka bolehlah kongsi/share folder.

1. Buka Folder yang menempatkan semua folder guru-guru yang telah dinamakan mengikut nama guru.
2. Klik pada folder Guru A ( contoh ).



3. Klik butang Share ( kepala orang tu )



4 Masukkan email guru tersebut ( 1 ) , tetapkan supaya guru tersebut boleh edit folder atau fail yang ada dalam folder sendiri ( 2 ). Kemudian klik SEND .



5. Guru tersebut akan menerima email tentang sharing folder yang dihantar oleh admin eRPH dalam akaun email masing-masing.
6. Guru akan menyemak email dan membuka google drive masing-masing. Folder yang dikongsi itu ada pada bahagian share with me.




# Untuk PGB admin ERPH perlu kongsikan folder besar yang mengandungi folder-folder guru supaya PGB dapat menyemak folder semua guru. Contohnya untuk semak eRPH yang dibuat oleh guru dengan meninggalkan komen.

No comments:

Post a Comment