Tutorial 9 Cara Download eRPH yang di SHARE

Salam eRPH 1M kepada semua guru di Malaysia. Tutorial ini ditujukan kepada guru yang baru berjinak-jinak dengan Google Drive ( GD ) yang digunakan untuk menyimpan fail-fail eRPH dan segala e... yang lain. Yang dah pandai tu tak payah baca .... he2x.

Tutorial ini berkaitan dengan bagaimana cara anda mendownload atau sebenarnya membuat salinan fail yang dikongsi ( SHARE ) oleh rakan-rakan ke dalam My Drive sendiri agar boleh diedit mengikut keperluan sendiri.

Kebiasaanya apabila seseorang berkongsi fail dengan anda dalam GD , mereka akan setting fail
tersebut sebagai View Only tujuannya supaya anda tidak dapat mengedit fail asal tersebut yang menjadi milik pemilik sebenar.

Oleh itu anda perlu membuat salinan ( MAKE A COPY ) fail yang dikongsi ( SHARE ) oleh rakan anda itu supaya anda boleh menjadikan fail itu sebagai milik anda sendiri dan anda bebas mengedit fail tersebut tanpa menjejaskan fail asal.

Caranya amat mudah . Ikuti langkah di bawah :

1. Buka atau log in akaun gmail anda.

2. Masuk Google Drive

3. Klik link fail yang dikongsi oleh rakan anda. Anda akan lihat VIEW ONLY. Ini bermaksud anda tidak boleh mengedit fail asal tersebut. Untuk edit anda perlu ikuti langkah seterusnya.



4. Klik FILE ----> Klik MAKE A COPY



5. Pilih destinasi folder yang hendak di simpan . Biasanya di MY DRIVE



6. Klik OK

7. Fail yang anda copy tadi akan bernama COPY OF ..... yang disimpan di dalam MY Drive anda.



8. Maka bolehlah anda edit ikut keperluan. Anda boleh rename kan semula nama fail tersebut ikut keperluan sendiri.



# Semoga bermanfaat
# Jangan Requestforedit

 

4 comments:

  1. terima kasih cikgu..semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta dilimpahi rezeki

    ReplyDelete
  2. boleh kongsikan bagaimana utk mengubah data kerana tidak sama dengan keperluan saya. saya juga ingin tahu bagaimana utk menambahkan dskp sekolah menengah ke dalam ruangan dskp atau bagaimana memindahkannya daripada fail dskp kerana bila saya membuat perubahan dalam fail erph yang saya copy daripada tapak ini, tidak keluar data yang saya masukkan dan keluar invalid

    ReplyDelete
  3. tq cikgu...perkongsian yang baik

    ReplyDelete
  4. Cara ni blh diguna pakai jugak ke untuk file e-Rph yg xdpt di move to folder? Item move to tu x aktif bila nak move to.. Kenapa blh jadi macam tu ye..

    ReplyDelete