Tutorial 3 Setting Fail Semak eRPH

Persediaan tapak untuk semakan penghantaran eRPH akan disediakan oleh guru admin eRPH sekolah sahaja. Guru lain hanya boleh melihat sama ada mereka telah berjaya menghantar eRPH atau tidak. Guru juga  tidak boleh meng-edit tapak ini. Begitu juga dengan Pengetua/Guru Besar hanya boleh menyemak sama ada guru telah menghantar eRPH atau tidak.

Persediaan Untuk Admin eRPH

1. Pastikan di dalam folder eRPH sekolah anda ada fail SEMAK E-RPH.xlsx. Jika tiada boleh download DI SINI.

2. Selepas download fail tersebut, UNZIP dan UPLOAD fail SEMAK E-RPH.xlsl  semula ke dalam folder eRPH sekolah anda. Buka fail tersebut. Bentuk fail SEMAK E-RPH adalah seperti di bawah :

3. Di dalam fail ini admin perlu mengisi no ic guru ( tanpa - )  dan juga nama guru yang akan menggunakan eRPH di dalam ruang yang disediakan..

4. Sebelum ini kita telah membina Borang penghantaran ERPH ( Tutorial 2 ) . Anda akan melihat terdapat 2 tab di bahagian bawah fail. Satu TAB FORM RESPONSES dan TAB semak ERPH.


5. Seterusnya klik  pada muka surat FORM RESPONSES anda akan dapat melihat senarai ic guru dan no minggu yang anda masukkan tadi seperti di bawah.


6. Klik kanan pada tab FORM REPONSES dan tukar nama ( rename ) muka surat FORM RESPONSES  kepada guru ( huruf kecil ).





7. Seterusnya ...klik semula pada tab  SEMAK ERPH. Klik pada pada kota AY dua kali untuk buka paparan yang tersembunyi.



8. Kemudian klik pada AY untuk membuka formula yang tersembunyi.




9. Kemudian klik pada kotak A6 ia akan menunjukkan formula yang ada dalam kotak tersebut pada ruangan FX di atas.



10. Padam formula tersebut dan gantikan dengan formula seperti di bawah :
Salin dengan berhati-hati agar tidak tersilap :)

11. Salin atau copy formula tadi dalam semua kotak.

12. Setelah selesai sorok atau Hide semula kotak yang dibuka tadi supaya kembali kepada asal.

13. Apabila dan selesai klik RELOAD pada browser untuk melihat perubahan.

1 comment:

  1. salam tuan.. saya dah tukar formula macam yang tuan bagi tapi kenapa dia tulis DID NOT FIND VALUE 1 IN MATCH EVALUATION? Boleh bantu tuan?

    ReplyDelete