Tutorial 1.1 Share With Me kepada Me

Salam admin ERPH semua , dalam Tutorial 1 saya ada menerangkan cara memuat turun fail tapak ERPH kemudian UPLOAD semula ke dalam Google Drive sendiri.

Kali ini saya akan menerangkan cara untuk menjadikan tapak ERPH yang dikongsi oleh Dr Syed sebagai hak sendiri. Ini kerana jika anda tidak berbuat demikian maka segala perubahan yang anda lakukan terhadap fail yang dikongsi hasilnya juga akan dapat dilihat oleh tuan asal fail tersebut.

Oleh kerana tuan asal fail tersebut telah sudi berkongsi dan membenarkan anda mengambil tapak ERPH sebagai hak sendiri maka bolehlah kita menjadikannya sebagai hak peribadi atau hak sekolah kita.

Itulah yang saya maksudnya dengan tajuk tutorial ini Share With Me kepada Me . Cara yang kita boleh guna untuk menjadikan hak peribadi ialah dengan menggunakan add-ons COPY FOLDER. Anda boleh rujuk Tutorial 5 untuk mengetahui cara menggunakan COPY FOLDER. Namun perlu diingat ADD-ONS ini hanya boleh digunakan jika mengguna email dari gmail.com atau edidik.edu.my sahaja.

Di bawah ini ialah gambar sebelum anda melakukan copy folder selepas tapak ERPH dikongsi/ share oleh Dr Syed dengan anda :


manakala di bawah ini pula folder tapak ERPH yang dikongsi oleh Dr Syed telah menjadi hak anda sendiri selepas melakukan COPY FOLDER.



Maka barulah admin ERPH boleh mengedit folder tapak ERPH tersebut. Nak buang ker mana-mana fail yang tak sesuai dengan sekolah sendiri atau nak tambah apa-apa yang patut. Selepas itu perbanyakkan ( Tutorial 5 ) untuk dikongsi ( Tutorial 6 ) kepada setiap guru.


No comments:

Post a Comment