TUTORIAL 7 CARA PENTADBIR MENYEMAK eRPH GURU

Salam kepada semua guru eRPH 1Malaysia. Kali ini saya ingin berkongsi bagaiman cara pentadbir dapat menyemak eRPH yang telah disediakan oleh guru.

Sebagaimana yang diterangkan dalam tutorial 6 admin eRPH akan menetapkan share folder yang mengandungi semua folder guru-guru kepada email pentadbir. Langkah ini membolehkan pentadbir dapat melihat folder semua guru sebagaimana admin. Ini bermakna pentadbir boleh meng-EDIT semua fail yang ada dalam folder guru sekolahnya.

Untuk pentadbir menyemak eRPH guru, maka pentadbir perlu ke folder 13. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN guru terbabit. Pentadbir akan membuka dan melihat fail eRPH yang telah disiapkan di dalam folder tersebut. Mungkin terdapat pelbagai format eRPH yang disediakan oleh guru ini adalah mengikut kreativiti masing-masing. Namun disarankan guru menyediakan eRPH dalam bentuk google doc atau google sheets.

Dengan menyediakan eRPH dalam format google doc atau google sheet, pentadbir akan menyemak eRPH tersebut dengan cara meninggalkan catatan dengan menggunakan fungsi +Comment.

Insert --> +Comment 

Sekian sahaja tutorial cara pentadbir menyemak eRPH yang disediakan oleh guru secara online.

#semogabermanfaat 

No comments:

Post a Comment